About Us

House of IDeology telah ditubuhkan oleh beberapa orang pelajar jurusan Multimedia
dan grafik dari Kolej Teknologi Cosmopoint Johor Bahru.

House of IDeology atau HOI pada awalnya ditubuhkan bagi tujuan mencari pendapatan
kecil di dalam bidang fotografi bagi mengisi masa lapang dan mencari pengalaman
di dalam bidang tersebut.

Bermula dengan fotografi, HOI telah menambah videografi, airbrush, seni graffiti, cetakan,
pakaian dan bermacam-macam lagi, bagi menambahkan perkhidmatan dan
memperkuatkan lagi kedudukan HOI di dalam komuniti ini. Disamping menambah ahli
yang terdiri dari pelajar-pelajar sekolah, pelajar IPT tempatan, tutor di dalam bidang berkaitan
dan fotografer.

Kini HOI memperluaskan sayapnya dan membuka pintu untuk semua remaja di luar sana untuk
berkongsi idea dan pendapat mereka tentang seni dan rekaan.

House of IDeology, ideology itu sendiri membawa erti fahaman dan idea, kerana itulah
kami di House of IDeology membuka pintu untuk semua remaja di luar sana untuk
berkongsi idea dan pendapat mereka tentang seni dan rekaan. Kerana seni dan rekaan
mempunyai skop dan pandangan berbeza dari setiap individu.

Tujuan HOI memberi peluang kepada remaja untuk menunjukkan bakat mereka adalah
atas dasar khidmat sosial. Ini kerana di luar sana ramai remaja dan belia yang mempunyai
potensi dan bakat yang sangat besar di dalam bidang seni dan rekaan, akan tetapi mereka
tidak mempunyai peluang untuk belajar dengan lebih lanjut dan mempromosikan karya
mereka. Di HOI kami memberi peluang tersebut kepada remaja dan belia berkenaan untuk
mempromosi karya seni mereka disamping mereka boleh mencari sedikit pendapatan.

Dengan memberi peluang ini kepada remaja dan belia, kita berpeluang melihat sendiri apa
golongan remaja dan belia ini melihat seni dari sudut mata mereka, idea dan
pendapat mereka tentang seni, ideology mereka tentang seni. Dengan sendirinya kita juga
akan mampu melihat apa yang mereka cuba sampaikan tentang dunia dan kehidupan mereka.
Serba sedikit ia akan mampu mendekatkan diri kita dengan golongan remaja dan belia ini.
Sekali gus akan membantu mengurangkan genjala sosial.

Kini HOI bukan saja menjadi platform kepada semua penggiat seni dari pelbagai bidang dan
cabang seni, dari pelbagai lapisan kaum, umur dan keturunan, kini HOI telah memfokus lebih
jauh dari bidang seni, malah kini HOI juga terlibat dengan aktiviti dan pengajuran aktiviti bukan
kesenian seperti sukan, aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya, ia bertujuan untuk mendekatkan
diri kepada remaja dan belia, sekali gus akan menjayakan Misi, Visi dan Objektif House of IDeology.

Dan kini House of IDeology bukan saja dianggotai oleh Pelajar-pelajar Kolej Teknologi
Cosmopoint Johor Bahru, malah dari UiTM, UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris),
KYM (Kolej Yayasan Melaka),ILP dan lain-lain lagi. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar dan
tutor di dalam bidang Multimedia, Grafik Design, Perfileman, Fotografi dan Airbrush arts.
HOI kini mempunyai cawangan di Kuala Lumpur, Kedah (cawangan utara), Johor Bahru dan
Batu Pahat (Ibu pejabat/ cawangan selatan).

Pada masa-masa akan datang kami di HOI memandang kehadapan untuk menambah
produk dan perkhidmatan dan juga meningkatkan perkhidmatan sedia ada. Kami juga
berbesar hati menerima permohonan dari semua remaja dan belia di luar sana yang
berminat menyertai komuniti kami.

Sekian.


ADD BANNER : SF CAMERAWORK

Thursday, April 15, 2010

SMK Convent Basic Photography Workshop

Thursday, March 25, 2010

2010 Discount Voucher



More info contact ADMIN
thanks
=)

Tuesday, March 9, 2010

CMYK get yourself ready!!!

cmyk promote web copy kecil copy1.png




Sebuah kelab sekolah pertama di bawah bimbingan kami. Nantikan kemunculannya...InsyaAllah

Wednesday, January 27, 2010

Whitehearts Program 31 Januari ready!!

Kepada semua program whitehearts akan digerakan InsyaAllah pada hari Ahad bersamaan 31 Januari 2010 ini. Dan kpd semua sila ambil perhatian. Untuk info sila hubungi ADMIN.

Untuk melihat foto keluarga pertama ini :
http://viewmorepics.myspace.com/index.cfm?fuseaction=user.viewPicture&friendID=448590317&albumId=1317278

Info lain dan perbincangan :
http://houseofideology.lefora.com

awanband2-copy.gif

Kepada peminat-peminat AWANBAND korang boleh dapatkan album terbaru mereka di NBH Productions, untuk pertanyaan sila klik www.myspace.com/hakimyusof atau boleh menghubungi ADMIN kami jika memerlukan bantuan. 7 lagu-lagu hebat dan terbaru dari mereka iaitu Helah Maya, Melangkah, Kartita, Melayang, Belenggu, Dance With You dan Oh My Love.

Sunday, November 29, 2009

JB ROCK FEST 2 PROMOTION & PHOTO CONTEST




Dengan merujuk pada tajuk di atas...pihak kami dengan kerjasama Warna-warni dengan ini melakukan promosi ROCK FEST 2 dan pertandingan fotografi untuk maklumat lanjut mengenai Pertandingan Fotografi :

Merujuk pada tajuk di atas pihak kami akan menganjurkan pertandingan photography. Pertandingan ini akan diada secara ONLINE, rebutlah menyertai pertandingan hadiah yang disediakan cukup bernilai. Ia terbuka hanya kepada sesiapa saja yg berminat dengan photography, peserta perlulah seorang amatur dan mempunyai kreativiti dengan photography...

Tema
: Muzik, apa saja yg ada kena mengena dgn muzik, gambar u all ngn band ke, gambar u all ngn alat muzik ke,gambar semasa gig or konsert ke....yg penting unik dan kreatif...

Saiz gamba : Perlulah resolusi 800 ke atas...

Siapa yg perlu menyertai : Peminat fotografi dan muzik, amatur dan kreatif.

Penyertaan
: 3 pic setiap penyertaan.

Percuma ke
: YA!!! percuma.

Cara Submit : Hantarkan komen ke page kami, dengan menyatakan :
Pertandingan fotografi, Nama penuh, IC, umur, jantina, no phone dan alamat surat menyurat.

Dan selepas tu sila sediakan sebuah album di page u all dgn nama "House of Ideology photo contest"...then uploadkan pic penyertaan nya....

Mula dan tamat penyertaan : Pada 30 November 2009 Jam 12:00tghmlm hingga 10 Disember 2009 Jam 11:00 malam.

Hadiah : Hanya satu saja hadiah yg disediakan :

2 Tiket masuk ke JB Rock Fest 2
1 Voucher House of Ideology bernilai RM100.00
dan 60hari jemputan khas ke semua program2 kami.


Sebarang masalah atau memerlukan info tambahan sila hubungi ADMIN House of Ideology atau tinggalkan komen..

Pertandingan ini ditaja oleh : House of Ideology dan dibantu oleh Warna-warni.

LUV ADMIN

**** Sebarang perubahan akan diberitahu.