About Us

House of IDeology telah ditubuhkan oleh beberapa orang pelajar jurusan Multimedia
dan grafik dari Kolej Teknologi Cosmopoint Johor Bahru.

House of IDeology atau HOI pada awalnya ditubuhkan bagi tujuan mencari pendapatan
kecil di dalam bidang fotografi bagi mengisi masa lapang dan mencari pengalaman
di dalam bidang tersebut.

Bermula dengan fotografi, HOI telah menambah videografi, airbrush, seni graffiti, cetakan,
pakaian dan bermacam-macam lagi, bagi menambahkan perkhidmatan dan
memperkuatkan lagi kedudukan HOI di dalam komuniti ini. Disamping menambah ahli
yang terdiri dari pelajar-pelajar sekolah, pelajar IPT tempatan, tutor di dalam bidang berkaitan
dan fotografer.

Kini HOI memperluaskan sayapnya dan membuka pintu untuk semua remaja di luar sana untuk
berkongsi idea dan pendapat mereka tentang seni dan rekaan.

House of IDeology, ideology itu sendiri membawa erti fahaman dan idea, kerana itulah
kami di House of IDeology membuka pintu untuk semua remaja di luar sana untuk
berkongsi idea dan pendapat mereka tentang seni dan rekaan. Kerana seni dan rekaan
mempunyai skop dan pandangan berbeza dari setiap individu.

Tujuan HOI memberi peluang kepada remaja untuk menunjukkan bakat mereka adalah
atas dasar khidmat sosial. Ini kerana di luar sana ramai remaja dan belia yang mempunyai
potensi dan bakat yang sangat besar di dalam bidang seni dan rekaan, akan tetapi mereka
tidak mempunyai peluang untuk belajar dengan lebih lanjut dan mempromosikan karya
mereka. Di HOI kami memberi peluang tersebut kepada remaja dan belia berkenaan untuk
mempromosi karya seni mereka disamping mereka boleh mencari sedikit pendapatan.

Dengan memberi peluang ini kepada remaja dan belia, kita berpeluang melihat sendiri apa
golongan remaja dan belia ini melihat seni dari sudut mata mereka, idea dan
pendapat mereka tentang seni, ideology mereka tentang seni. Dengan sendirinya kita juga
akan mampu melihat apa yang mereka cuba sampaikan tentang dunia dan kehidupan mereka.
Serba sedikit ia akan mampu mendekatkan diri kita dengan golongan remaja dan belia ini.
Sekali gus akan membantu mengurangkan genjala sosial.

Kini HOI bukan saja menjadi platform kepada semua penggiat seni dari pelbagai bidang dan
cabang seni, dari pelbagai lapisan kaum, umur dan keturunan, kini HOI telah memfokus lebih
jauh dari bidang seni, malah kini HOI juga terlibat dengan aktiviti dan pengajuran aktiviti bukan
kesenian seperti sukan, aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya, ia bertujuan untuk mendekatkan
diri kepada remaja dan belia, sekali gus akan menjayakan Misi, Visi dan Objektif House of IDeology.

Dan kini House of IDeology bukan saja dianggotai oleh Pelajar-pelajar Kolej Teknologi
Cosmopoint Johor Bahru, malah dari UiTM, UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris),
KYM (Kolej Yayasan Melaka),ILP dan lain-lain lagi. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar dan
tutor di dalam bidang Multimedia, Grafik Design, Perfileman, Fotografi dan Airbrush arts.
HOI kini mempunyai cawangan di Kuala Lumpur, Kedah (cawangan utara), Johor Bahru dan
Batu Pahat (Ibu pejabat/ cawangan selatan).

Pada masa-masa akan datang kami di HOI memandang kehadapan untuk menambah
produk dan perkhidmatan dan juga meningkatkan perkhidmatan sedia ada. Kami juga
berbesar hati menerima permohonan dari semua remaja dan belia di luar sana yang
berminat menyertai komuniti kami.

Sekian.


ADD BANNER : SF CAMERAWORK

Sunday, October 18, 2009

Discount Voucher House of Ideology 2009

Tahniah kepada semua yang memenangi voucher diskaun kami dan yang memiliki voucher tersebut. Mungkin anda tertanya-tanya, apa fungsi sebenarnya voucher tersebut. Untuk makluman bagi yang tidak mengetahui kelebihan dan fungsi voucher kami, kami banyak menjalankan dan menganjurkan aktiviti seperti bengkel seni, fotografi dan lain-lain, pemilik voucher tersebut boleh menggunakan voucher tersebut untuk mendapat potongan harga untuk yuran penyertaan dan selain daripada bengkel anda boleh menggunakan voucher tersebut untuk mendapat potongan harga bagi semua jenis servis fotografi kami.

Syarat-syarat voucher dan penggunaan :

1. Voucher yang disediakan tidak boleh ditukar dengan wang ringgit yang sama dengan jumlah tertera atau pembelian tunai.

2. Voucher hanya sah dan boleh digunakan dengan perkhidmatan yang sekurang-kurangnya bernilai 50% atau lebih dari jumlah nilai voucher tersebut untuk perkhidmatan seperti fotografi dan grafik design(tidak termasuk cetakan).

3. Voucher tersebut hanya sah dan boleh digunakan untuk bengkel-bengkel kami (Sekurang-kurangnya 50% dari yuran penyertaan), perkhidmatan fotografi couple,keluarga,kawan-kawan dan acara-acara kecil seperti majlis harijadi,aktiviti bersama kawan-kawan dan keluarga dan beberapa acara kecil yang akan diberitahu. (Sekurang-kurangnya 50% dari harga perkhidmatan).

4. Perkhidmatan fotografi besar seperti majlis perkhawinan, tunang, acara rasmi seperti makan malam tahunan dan lain-lain yang berkaitan, perkhidmatan fotogarfi untuk konsert, sukan, dan lain-lain, dan beberapa acara besar yang akan diberitahu. (voucher tersebut bebas untuk digunakan tanpa had minima)

5. Voucher ini tidak boleh digunakan ke atas produk kami, ia hanya sah untuk perkhdimatan dan tawaran-tawaran tertentu yang akan diberitahu.

6. Penggunaan voucher tersebut hanya sah pada tarikh yang tertera dan hanya untuk perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kami bukan untuk produk kami yang lain.

7. Kami juga berhak membatalkan voucher tersebut dengan tanpa memberitahu dahulu kepada pemegang voucher.


CONTOH


Contoh 1 : Yuran bengkel RM200 dan anda pemegang voucher RM100, maka anda berhak menggunakan voucher tersebut dan mendapatkan potongan yuran penyertaan. sebanyak 50%.

Contoh 2 : Yuran bengkel RM50 dan anda pemegang voucher RM100, anda tidak boleh menggunakan voucher tersebut, ini kerana nilai voucher tersebut melebihi yuran penyertaan.

Contoh 3 : Yuran bengkel RM130 dan anda pemegang voucher RM100, anda tidak boleh menggunakan voucher tersebut, ini kerana nilai voucher tersebut tidak mencapai 50% daripada yuran penyertaan tersebut.

Contoh 4 : Anda menempah perkhidmatan fotografi perkhawinan dan jumlah perkhidmatan adalah RM2000 dan anda memegang voucher RM50, maka anda berhak menggunakan voucher tersebut dan mendapatkan potongan sebayak RM50 seperti yang tertera di voucher tersebut.

Contoh 5 : Anda menempah perkhidmatan fotografi untuk ulangtahun bersama pasangan kekasih anda dan jumlah perkhidmatan adalah RM100 dan anda memegang voucher RM80, anda tidak boleh menggunakan voucher tersebut, ini kerana voucher tersebut tidak mencapai 50% daripada kos perkhidmatan yang dipersetujui.

sebarang pertanyaan sila hubungi ADMIN
Terima kasih

0 comments:

Post a Comment